Tuesday, January 20, 2015

SESI BERTEMU DENGAN PELAKON DAN PENULIS SUAMIKU ENCIK PERFECT 10 DI QUEENSBAY MALL, PENANG

Assalammualaikum semua. Hai, anda sihat tak? Hope korang sihat2 belaka ye. Ok, tonight I'm gonna share with you guys about my experience met the celebrities at the Queensbay Mall.

Ok, actually, this is an unplan scene because kami dari Balik Pulau, well, balik ke kampung halaman, and dah alang2 nk balik tu, my dad ajak singgah Queensbay. Kami 3 beradik pun just say yesss! Yela, dh dpt offer nk shopping, of course la nk kn. So, bila nk smpai sana, barulah dpt tahu rupa2nya pelakon2 n penulis Suamiku Encik Perfect 10 nk dtg sini.


Dh terlanjur ada kt sini, why not grab this chance to meet them rite? Diorang bgi syarat kalau nk tandatangan Aaron Aziz, Normah Damanhuri n penulisnya, Kak Syam, kna beli buku Suamiku Encik Perfect 10 dlu. So, first of all beli dlu novel tu and terlajak beli novel Terlanjur Mencintaimu . Waktu tu, pelakon utamanya juga ada, Ungku Ismail Aziz. Tapi tak sempat nk bergambar dgn jejaka tu sbb tengah sibuk beli novel.



Here was their signature :)



Nak tgk gambarnya kan? Taadaaaa....






Bersama kak Syamnuriezmil, penulis novel Suamiku Encik Perfect 10 :)



Bersama dgn pelakon utama, hero Suamiku Encik Perfect 10, Aaron Aziz yg memegang watak sebagai Zarief Danial.



Bersama pelakon Normah Damanhuri yg memegang watak sebagai Tok Zaharah


Sorry, ada gambar candid di sini, Heee :). Well, it's so amazing bla dpt jumpa dgn pelakon2 and penulis Suamiku Encik Perfect 10, and nanti mmg nk tengok filem ni. In Sha Allah. 

Sinopsis Novel Suamiku Encik Perfect 10 

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.
“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial
“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?
Jom tengok trailer filem Suamiku Encik Perfect 10


OST Suamiku Encik Perfect 10

 Siti Nurhaliza & Cakra Khan - Seluruh Cinta


Menatap kepergian dirimu
Meratap menangis sedih tak tertahan
Terbaik saat bersama
Lewati masa terindah
Saat kau memeluk ku
dalam pelukan cinta

Kaulah seluruh cinta bagiku 
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Di sisiku selamanya

Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Akan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama

Tak sanggup ku memikirnya lagi
Habis separuh nyawa ku tangisi mu
Tiada lagi bait terindah
Terdengar merdu terucap
Merayu menyanjungku tenangkan jiwa

Kaulah seluruh cinta bagiku ,
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Disisiku selamamnya

Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Akan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama

Tiada cinta yang setulus cinta mu (cinta mu)
Tiada yang sanggup gantikan diri ku

Tiada rasa seindah kasih mu
Tiada yang mampu temani diri ku

oh..oh

Kaulah seluruh cinta bagiku ,
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Disisiku selamamnya

oh…

{ Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Ku kan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama } 2X

Ku kan selalu memuja mu hingga nanti kitakan bersama


________________________________________________________________________________




Tuesday, January 13, 2015

JUADAH MASAKAN UNTUK MINGGU INI

 Assalammuaaikum semua. Hari ni Fatin nk kongsi ngn semua ttg masakan yg Fatin buat spnjang Fatin berada di rumah. Well, I felt so excited this was my first time cooking to my family. Bukan bermakna sblm nie tak pernah, pernah, tapi sekadar makan sendri. Tapi kali ni, siapkan meal for lunch.

Taadaaaa....

This was on last Monday...

Ikan tumis asam and sayur campur kunyit

This was on last Tuesday...

Masak ikan masam masam manis and sawi campur

This was on last Wednesday...

Sambal ayam and cendawan campur masak kunyit

This was on today's dish. It's a little bit awful actually.

Telur masak kicap and sawi campur

Sedap ke tak tu, biasa2 je. Takde la sesedap masakan tuan puan ye. Cuma Fatin happy sbb dpt masakkan utk family. Alhamdulillah, so far semua yg Fatin masak habis. Cuma last dish tu ja, agak kureng sikit tak sama mcm masakan Fatin yg msak hari2 sblum tu. Cuma utk minggu ni my job was settled !

But the most thing. I can cook actually. Hehe, agak2 dh pass kowt ujian memasak. Minggu depan tak tahu la nk masak apa pula. Any suggestion?

Sampai sini jelah ye perkongsian Fatin. Klau nk resipi blh pm Fatin ye, Mmg masakan tu semua ikut resepi, taaapiii Fatin customize by myself. Tak ikut sebijik mcm buku masakan tu ye. Ok, thanks a lot coz read my post. TAAA :)


Friday, January 9, 2015

OUTING WITH MY GIRLS :)

Assalammualaikum semua. Hai. Salam Jumaat juga. Apa khabar semua? Alhamdulillah Fatin sihat2 shja. Harap pembaca2 sekalian juga begitu. Today, I would like to share my cutest moments with my friends yesterday. 

Okay, kami tak la keluar jauh sangat, just stop by at the cmart and had a great time there. Kalau yg tak tahu lagi apa itu CMART, it was Amanjaya Mall! Hehe. Kami tu means, Fatin, Nina, Oppa Nisa and Mimi. Actually my boyfriend also ada sama sebab kami cuma dpt jumpa wktu2 macam tu ja. Well, ada transport, jumpalah kami, klau tak de, memang tak de rezeki jumpalah jawapnya. 

Here were some pictures that I would like to share:



And here were some pictures with my hubby :)


At 3:45 p.m, kami masuk wayang tgk Hobbit. Well, tak la best mana mcm org kata, but it's nice if u want to watch it. Actually kami plan nk tgk Seventh Son tu, tapi tiket dh habis. 

Dalam pkl 6 lbh mcmtu kami balik, and then my oppa nk treat us at Hotmas. Wuu dengan bermandikan air hujan ni kami redah je and selamba je masuk restoran dgn keadaan basah.


Btw, thanks oppa coz belanja kami. Here I share with you guys our dinner meal yesterday,


Honestly, I really enjoyed our day yesterday. Thank you guys coz made my day really awesome!





Wednesday, January 7, 2015

KELEBIHAN MENGAMALKAN AYAT AL - QURSI

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai ‘Ayat Al-Kursi’ ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.
Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya.
Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, bermaksudTempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.

Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)


Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah s.w.t menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:
  1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.
  8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
   11.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
    1. Di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
    2. Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
    3. Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
    4. Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita..
12.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
    1. Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipu daya dan ganguan syaitan.
    2. Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
    3. Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
    4. Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
    5. Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
    6. Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga..
13.  Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
    1. Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
    2. Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
    3. Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
    4. Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
    5. Jika si pembaca  meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid..
14.  Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
    1. Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
    2. Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
    3. Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.


Semua khasiat dan fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, bergantung atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT dan RasulNya Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu carilah keredaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati..
Wallahu A’alam Bissowab
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


AGE!!!

Daisypath Vacation tickers